Thursday, July 14, 2011

LUAHAN HATI PADA PENCIPTA

Assalamualaikum semua..

Ya Allah ya tuhanku, Kau tetapkanlah hatiku di jalan imanMu, Kau kekalkanlah aku dalam menuju ke jalan benarMu, Kau kuatkanlah aku dalam menerima ujianMu, Kau berikanlah aku kesabaran dalam menempuh dugaan dariMu, sesungguhnya aku mahu berada di kalangan orang yg beriman,Kau perkenankanlah doaku Ya Allah..

Ya Allah ya tuhanku, tempatkanlah aku dikalangan orang2 yg berilmu, dekatkanlah aku dengan mereka2 yg mengejar ilmu, sesungguhnya ilmu itu dipandang mulia dalam agamaMu, berikanlah aku jalan yg mudah dalam menuntut ilmu..

Ya Allah ya tuhanku, janganlah Kau benarkan aku bersikap takbur dgn ilmuku, janganlah Kau benarkan aku berbangga diri dengan segala kemahiranku, dan janglah Engkau biarkan aku hilang dalam kesenangan yang Engkau berikan kepadaku dalam usaha mengejar ilmu

Ya Allah ya tuhanku, ampunkanlah aku, hamba Mu yg hina.. aku tewas dalam kesenangan yg Kau berikan dalam usaha aku menuntut ilmu.. ampunkan aku Ya Allah...  T_T




bace jek? komen lah cikit, dont shy-shy cat ;P

2 sayang blog lina:

Mia Liana said... [Reply to comment]

sweetnya.. terima kasih sudi kongsi doa ini..

Lina_Lin said... [Reply to comment]

@Mia Liana

saje luah2 je nieh..stress study..hehe