Friday, February 22, 2013

BELAJAR LAH.


Assalamualaikum semua :)

dah boleh kira dengan jari,
saki baki mulanya third year aku.

datangnya awal bulan 3,
dah boleh jejak kaki di Arau.
rindu Arau tak?
Rinduuuuu.
tapi dalam hati geleng-geleng tak nak balik sana.

seronok Arau,
boleh gelak kuat-kuat.
boleh buli kawan-kawan.
boleh makan sotong banyak-banyak,
nanti balik Penang timbang berat,
Nangis.

padahal perginya ke Arau,
sebab nak penuhkan ilmu di dada.
itu lah, salah konsep.
salah diri bawa kaki dengan tujuan yang salah.
harap third year ni dah betul kaki tu langkah.

sekarang macam sedar sikit umur dah 22 tahun,
rasa macam dah tua,
tapi sedar tu macam kurang lagi.
kena sedar banyak yang umur tue makin banyak.
baru makin tahu beza,
itu semuanya dosa,
dan itu semuanya pahala.

soal hati dan perasaan,
aku letakkan di tangan Yang Maha Esa itu.
cuma doaku,
jika dia jodohku,maka Engkau dekatkanlah aku,
dengan diri nya.
jika tidak, jauhkanlah.
sejauh yang mungkin dari pandangan mataku.

aku harap sekembalinya aku ke Arau,
aku tak jadi manusia yang sama jiwanya,
seperti tahun 2012.
tahun penuh duka lara berpanjangan.
2013, harap dapat beri sinar baru,
jadi manusia yang jiwanya baru,
positif,
istiqamah.
2 aspek yang penting.

manusia yang kuat itu aku,
kalau nak jadi kuat sepertiku,
mari letak kaki di dalam kasutku,
tengk mampu tak lari,
sejauh yang aku lari,
kalau tak mampu,
berhentilah kata itu ini,
dan belajar la erti hidup,
tak susah,
betul,
cuma belajar lah.









bace jek? komen lah cikit, dont shy-shy cat ;P

3 sayang blog lina:

Seneorita Baharin said... [Reply to comment]

belajar kat uitm arau ke dear? btw semangat2 ok..chaiyok2 :)

Lina_Lin said... [Reply to comment]

@seneorita baharin

aah.. uitm arau. hehe.. yup,semangat new sem

Seneorita Baharin said... [Reply to comment]

semangat2! hehe..good luck eyh dear! ^______^