Assalamualaikum semua :')
dua tiga hari sudah melepasi tarikh keramat 15 Februari,
ada yang bersyukur tak terkata,
ada yang rasa tersungkur hilang kata-kata.
aku ||
syukur Alhamdulillah,
dan juga tersungkur hilang kata-kata.
orang kata,
how much you give, is how much you get back.
terkena tepat di batang hidung sendiri.
terkenang balik saat minggu exam,
apa yang aku dah bagi,
sehingga peroleh apa yang aku dapat sekarang.
Allah Maha Pemurah,
juga Maha Adil.
pastinya aku Redha,
sem baru ||
aku tak nak ulang lagi silap pada sem yang lepas,
aku tak nak tersungkur hilang kata-kata lagi.
jadi ada baiknya aku mulakan semula azam yang baru,
pastinya kena jatuh cinta dengan Uitm Arau dulu,
dengan lecturer-lecturer nya dulu,
dan dengan rakan-rakan perjuangan ku.
aku manusia yang kuat,
pastinya kuat.
orang kata,
masa lampau kita yang menguatkan kita.
ini betul.
dan kerana dugaan kali ni lah,
aku tak sangka dapat melihat,
aku yang kuat sebegini.
Thanks Allah,
tak pernah lekang dari sisi hambaMu ini.
0 sayang blog lina:
Post a Comment