Wednesday, July 10, 2013

KLIA - ADELAIDE . 10.20 PM, 12TH JULY 2013.


Assalamualaikum semua :)

sedang menunggu subuh. sahur ringkas hari ini namun juadah nya tetap ada nasi. Allahu, macam mana dengan sahur pada minggu hadapan? susu dengan roti saja kah? syukurlah, tetap ada santapannya.

SALAM RAMADHAN RAKAN-RAKAN :))

hidup dalam ke'busy'an sejak dua bulan yang lepas. sejak dapat tahu Mara dah luluskan permohonan belajar ke luar negara , nah, aku jadi manusia yg terlalu sibuk di siang dan malam nya. aku uruskan satu hal perlahan - lahan. sebenarnya saat itu, aku masih belum mampu untuk menerima hakikat yang semua ini dah terjadi. orang kata, masih dalam langkah berjaga-jaga. 

namun sekarang, seolah-olah terpaksa menerima hakikat. lusa.. ya lusa. aku bakal meninggalkan bumi Malaysia. menyahut seruan jihad belajar di luar negara. aku menanamkan azam untuk ke luar negara, saat aku melambai-lambai tangan pada abang aku yg melawatku di kem plkn saat dia mahu meninggalkan Malaysia dan berjihad belajar juga. saat itu azam penuh di dada. namun tercari-cari juga kaki mana patut memulakan langkah untuk gapai impian nan satu itu.

disetiap benda yang berlaku, pasti. pasti ada hikmahnya.

saat aku melihat paparan skrin tentang kegagalan aku menempatkan diri di IPTA, rasa gugur azam yg aku semat dalam hati. lebih-lebih lagi ianya berlaku bukannya disebabkan diri tidak layak, namun atas sebab kecuaian sendiri, permohonan menempatkan diri belajar di IPTA tiada dalam sistem.

namun aku redha. yakinnya aku pada hikmah di sebalik satu kejadian maka aku meneruskan pengajian ku di IPTS namun berjurusan IPTA. menjejakkan kaki di KPTM Kuala Lumpur, aku semat azam yang baru. biarlah tidak dapat mengikut jejak abangku,asalkan aku dapat membanggakan kedua ibu bapa ku dan menjadi contoh pada adik-adikku. 

semester 1. 



aku belajar bersungguh-sungguh. jarang aku buang masa. aku ikut segala yang disebut-sebut oleh tenaga pengajar dalam membantu aku untuk berjaya. namun saat hendak menduduki final exam, aku terpaksa redha lagi. atas kecuaianku sendiri, aku telah menempah satu subjek untuk gagal pada sem 1 tu. subjek yg org lain pastinya tidak mahu gagal. tapi aku gagal.

namun aku gagahkan juga kaki melangkah memasuki sem 2 , 3 dan 4. dan tamatlah penasaran subjek yang aku gagal itu. dan alhamdulillah, aku mencapai pointer yang memberansangkan.tidak rugi usaha lebih sedikit dari orang lain.

aku menamatkan pengajian aku dalam Diploma in Accountancy Uitm dengan jayanya. syukur Alhamdulillah.


permohonan untuk ke luar negara, aku mula apply saat tamatnya diploma aku. di senaraikan dalam senarai layak memohon, aku mencuba nasib. berbekalkan pointer yang tak seberapa berbanding yang lain, terasa amatlah kecil aku pada masa itu. namun aku cuba. terdetik detik azam yang aku semat saat di plkn dulu. mungkin inilah masanya. mungkin inilah hikmahnya tak dapat belajar di IPTA.

jujur aku katakan, kalau aku bukan jenis yang sedar kemahuan sendiri, sedar adanya impian yang aku mahu gapai, pastinya aku dah lama berputus asa dalam soal mahu ke luar negara ini. bukannya apa, prosesnya terlalu panjang. ya, panjanggggg ya amat. namun aku gagahkan jua.

jatuh bangun aku saat menempuh proses apply belajar ke luar negara ini dapat disaksikan sendiri oleh kenalan rapat,sahabat handai dan juga family. family aku sendiri rasa sakit melihat aku jatuh tersungkur-sungkur dalam menempuh dugaan sepanjang menunggu permohonan di luluskan oleh Mara. aku sendiri yg menghadapinya pun terasa perit tapi aku mencuba. yakin peluang masih ada, yakin rezeki masih terbuka luas bagi aku.

dan sekarang, aku sudah melepasi semua itu. Alhamdulillah. University of South Australia, aku bakal menjejakkan kaki di situ. InsyaAllah, doakan aku kalian semua.

aku tinggalkan sedikit kenangan di Uitm Perlis. 






bukan sedikit. banyak sebenarnya...


terima kasih korang semua :)
tak, aku takkan lupakan korang.
ACBxDa paling paling paling happening !

cukuplah rasanya setakat ni. panjang sangat dah entry, hewhewhew. kalian semua, doakan perjalanan aku sebagai anak perantau selepas ini.

till we meet again in the next entry, boiiiii

p/s : najwa, terima kasih sebab selalu disamping aku. ema juga. bff paling rock bebeh.

p/s/s : tidak lupa juga pada Azari, awak banyak banyak banyak tolong saya, thanks.

p/s/s : geng rumah sewa Arau, terima kasih sebab hadap perangai tak senonoh aku untuk dua semester ini. 




bace jek? komen lah cikit, dont shy-shy cat ;P

8 sayang blog lina:

AISYA@AISHA said... [Reply to comment]

Sob sob..touching! All the best k my dear Lina... Akak doakan yg terbaik ^^.

cIk cUmIe said... [Reply to comment]

alah bestnyeee! congrats weyh. sorry x balas msg kau aritu. hp aku dah biul..xbole reply msg orang. all the best babe. nnti bole la belikn aku koala dgn kangaroo. :D

Lina_Lin said... [Reply to comment]

@AISYA@AISHA

thank you so much kak aisha. lina doakan yg terbaik tuk kak aisha jugak eh. timekasih bg pinjam buku mase diploma sampai lina berjaya :)

Lina_Lin said... [Reply to comment]

@cIk cUmIe

InsyaAllah. ko takecare :) pape nt contact aku kt fb okey.

Kim Yoora said... [Reply to comment]

dear, cmna apply scholarship dgn mara ye? :)

Kim Yoora said... [Reply to comment]

dear, cmna nk apply scholarship mara ye? :)

Lina_Lin said... [Reply to comment]

Hyee.. ade mcm mcm cara.. kalo sy.. sy apply under IPMa. Ni tuk pinjaman luar negara for institusi pengajian tinggi Mara. Cth mcm KPTM, UniKL,KPM dll. Boley cek kt website mara. Tuk pinjaman Skim Pelajar Cemerlang, boley apply direct ke Mara bila dorg open for application. Usually yg tu skim ni,dorg open tuk lepas SPM n selalunya kne buat persediaan kt Intec for bout a year n half. Kalo tuk apply master,dorg tgk pengalaman kerja.

Amira Liyana said... [Reply to comment]

Boleh tahu nk mohon mcm mne? Sy lepasn diploma kptm uitm jugak ..teringin juga nk further study dkt overseas :D