Monday, September 2, 2013

FOR THE PAST 2 MONTHS ..



Assalamualaikum..

MasyaAllah. 
Rindu sangat nak pot pet pot pet pakai jari kan ruangan ni. Sedar tak sedar dah nak dekat 2 bulan dah tinggalkan Malaysia, dan menetap di Adelaide. Mujur sangat teknologi dah makin maju, tak terasa sangat jauhnya Adelaide dengan Malaysia. Walaupun masih dalam keadaan homesick yang penuh kepura-puraan menunjukkan kemachoannya, padahal nangis sensorang dalam bilik tahan suara dengan bantal, tapi nak tak nak, perjuangan di sini perlu diteruskan. ( tak pe tak pe , lagi 3 bulan boleh cabut lari balik Malaysia eh, sabar Amalina ye )

Kenapa dah lama tak update ?

sebabnya banyak sangat nak cerita sampai sanggup tunggu 2 bulan and buat summary aje. hahaha. banyak yang aku berkira-kira nak abadikan kat ruangan ni, tapiii, masa, keadaan, kemalasan sering sekali bertelagah sesama mereka. jadinya, hari ini lah baru terpacul satu entry sebagai pengubat rindu korang. ( ececeh, suka betul perasan kan kann ) lagipun kekasih hati dah minta belog di update. jadi sebelum aku menempuh dua minggu akan datang yang bakal mem'busy'kan aku, elok elok lah aku start update belog kan. tapi kalo tak update pun xde masalah.kita tukar aje tajuk entry ni jadi ' FOR THE PAST 3 MONTHs' gituww. apa dehal kan..

jadi summary cerita untuk 2 bulan ni aku start with at the time aku nak beragkat ke tanah Adelaide ni lah ye. 



saat ni pun aku control macho. tak menitis beb air mata gua. tapiii, bila mereka semua aku tak nampak lagi dengan mata aku ni, terus mencurah curah air mata. Mimi jadi saksi, Najwa pun tahu aku melalak dalam perjalanan nak ke tempat departure tu sebab dia call aku masa tu. Aku juga nak ambil kesempatan ni nak ucapkan banyak banyak banyak terima kasih kepada keluarga,sahabat handai, lecturer lecturer, kekasih hati yang mana dah banyak susah payah tolong aku mencampakkan diri aku kat sini. kalau dorang tak support aku, besar kemungkinan aku masih lagi di Malaysia dan mencuba nasib berperang nak dapatkan ijazah di Uitm Perlis.

okey, mari move on kepada cerita tanah Adelaide.

SUSAH.

tuelah summary nya. Australia sebuah negara yang dah stabil economy nya dan pembangunannya. tercampak ke sini membuatkan aku macam terumbang-ambing dalam kederasan pembangunan mereka. aku gagahkan juga. dah gatal sangat nak belajar kat sini kan..kan.. masyarakat mereka terlalu punctual sampaikan aku yang dah biasa dengan cara typical Malaysian nie, perlu berubah. Yup, berubah. dalam tempoh berubah tue memang terkejar kejar lah.sekarang dah cool sikit.



yeay, semua gambar perasantan aku. telan jela korang semua, ni kan belog aku. hewhewhew. masa jejak kaki di bumi Adelaide ni, aku dikejutkan dengan cuaca sejuk tahap kebas kebas anggota badan. tahap nak pakai semua baju yang dibawa dari Malaysia bila keluar dari rumah. sejuk sangattttt. Angin dia, Ya Allah, sampai melayang layang lah aku yang besor ni. bayangkan lah kalo keding keding punya badan, memang selamat peluk tiang lah. 



Part paling sedih. 

Raya.

orang cakap bestlah experience raya kat negara orang. BETUL. tapi experience raya dekat tempat orang dengan rakan rakan serumah sekelas seIslam, sangat menyayat hati. huwaaa T_T family jauh. dan aku tak sambut pun raya actually. aku g openhouse,makan makan dan sambung hidup aku dekat universiti. tahun ni aku tak dapat beraya dengan family aku, tahun depan juga dan tahun sekali lagi,redha jelaaaaaa. 

sebenarnya banyak gambar dalam simpanan aku. cuma nak kongsikan semuanya tu memang xmenang tangan lah nak upload. lagi lagi semalam baru lepas buat housewarming and openhouse MerdekaRaya kat rumah, jadi memang bertambah tambah lah koleksi gambarnya.

 ni sekitar gambar openhouse kat rumah kitaorang.

 ni sekitar sambutan hari kemerdekaan Malaysia di Uni Adelaide.

 openhouse dapat makan nasi kerabu (nangis sebab sedap sangat)

openhouse gabung rumah rumah student Malaysia kat Uni Adelaide.


oklah, sedikit sebanyak tentang kehidupan aku dekat Adelaide dah selamat aku abadikan di ruangan ni. aku rajin jugaklah update Instagram, boleh la nak tengok-tengok gambar aku dekat Instagram aku. search Amalinanurull, okey ? 

hurm, tue je kot. nanti nanti aku upate lagi. mana tahu lepas ni update belog kat Malaysia Pulak kan kan kan. hahahahahahaha. ok lah, boiboiiii.

Wassalam.

p/s : rindu rinduannnnn kesayangansss di Malaysia. tunggu aku pulang.. ececeh. baru dua bulan jek duduk sini. melampaukan. hahaha byee


bace jek? komen lah cikit, dont shy-shy cat ;P

6 sayang blog lina:

ainaa.azizan said... [Reply to comment]

huuuu ko dh duduk oversea .. kim salam kat salji ek

ainaa.azizan said... [Reply to comment]

huuu ko dh duduk oversea ...
kim salam kat salji ek
and take care u self !

cIk cUmIe said... [Reply to comment]

wahh..so jelly. bestnye pegi aussie. it's always been my dream nk study sane. good luck weyh. nanti jangan lupa post poskad tau. hihi.

kak rose said... [Reply to comment]

yg pnting bln 3 mesti blk dengan hadiah besar. okbye

Amie Amisya said... [Reply to comment]

wahhh.. ami baca pun sayu hati.. camne la lin boleh tahan bjauhan kat sana? wuwuwu.. betul la janji Allah, mereka ditimpakan ujian/cabaran bersesuaian dgn kemampuan mereka.. apa2 pun take care ye lin.. fightingg!!!

Dode Ahjumma said... [Reply to comment]

Yup, memang tak dinafikan raya dekat perantauan best, plus paling sayuuuu hati. Eh, tak silap akak next yr raya bulan 7 terkena waktu cuti sem sebulan. Haaaa, ape lagi?? Wink wink.. :3